Setelah larut
malam, dia pulang ke rumahnya mendapatkan isterinya. Isterinya yang tidak kurang pula tuanya
dengan dia, seluruh rambutnya sudah putih, badannya pun sudah lemah. Dia sudah tidak kuat berjalan jauh, selain
berulang alik ke kedai kecil,
tempat dia berjualan kecil-kecilan untuk sekadar penutup hajat dan keperluan
hidupnya sehari-hari. Kalau ada pendapatan yang berlebih, maka kelebihannya itu
diberikan kepada orang-orang yang datang meminta, kepada orang-orang kekurangan
yang perlu dibantu dan ditolongnya. Bila selesai berjualan, dia pulang ke rumah
dan tidak lain yang dikerjakannya, kecuali beribadat, memuji dan mensyukuri
nikmat Allah.
Sudah sembilan puluh tahun konon
usia Zakaria di kala itu, namun belum beroleh seorang anak pun. Sejak masih
muda belia, kedua suami isteri itu ingin beroleh seorang anak. Makin bertambah
tuanya, hasrat untuk beroleh anak itupun semakin hebat juga tumbuh di dalam
jiwa kedua suami isteri itu.
Inilah yang menyebabkan kedua
orang suci ini sedih dan gundah selalu, apalagi menurut kebiasaan, orang yang
sudah tua seperti mereka itu, tidak mungkin lagi beroleh anak.
Hasrat mi timbul dan semakin
kuat, bukan semata mata kerana ingin beroleh anak yang dapat mengurus hari
tuanya, tetapi lebih lebih lagi ingin untuk melanjutkan pelajarannya yang sudah
diberikannya selama hidupnya, apa lagi masih banyak di antara orang dan
keluarganya sendiri yang tidak mahu tunduk dan terus menerus melakukan
perbuatan perbuatan yang jahat dan sesat, tidak menghiraukan ajaran yang
tertulis dalam al-Kitab.
Hasratnya ini semakin bergejolak
juga dalam jiwa di antara lapisan-lapisan jantung dan kalbunya. Untung
kesabaran yang ada padanya, dapat juga mempertahankan dirinya untuk berlaku
tenang. Tetapi bila hari sudah malam, seluruh alam sudah gelap gelita dan semua
orang sudah tidur, di kala itulah hasrat itu tidak terkira hebatnya. Bunyi
jengkerik dan binatang binatang kecil dalam kesepian malam yang gelap itu,
sesungguh menyalakan hasratnya yang sudah bernyala itu, sehingga tidak tertahan
lagi rasanya.
Inilah nasib yang menimpa kedua
orang tua itu, nasib yang tidak kurang pula hebatnya dengan nasib nasib para
Nabi dan Rasul lainnya, nasib yang jauh lebih ngeri dan sengsara, dan
menghadapi musuh di medan perang, sebagai nasibnya beberapa orang Nabi dan
Rasul.
Pada suatu hari, di kala Zakaria
masuk ke mihrabnya, sebagai biasanya sesudah beribadat kepada Tuhannya, dia
lalu masuk ke mihrab Mariam gadis yang masih kecil yang berada di samping
mihrabnya sendiri. Didapatinya Mariam sedang tenggelam dalam pemikirannya,
asyik dengan solatnya, sedang di hadapannya terdapat makanan yang berupakan
buah buahan.
Dia merasa hairan, dan manakah
datangnya makanan itu, seorang manusia pun tidak diperbolehkan dan tidak dapat
masuk ke situ, selain Zakaria dan Mariam sendiri. Lebih hairan lagi, kerana
buah buahan itu adalah buah musim panas, sedang di kala itu waktunya musim
dingin.
Zakaria lalu bertanya kepada Mariam:
Hai Mariam, dari manakah datangnya buah buahan itu?
Jawab Mariam: Makanan ini dari
Allah. Allah telah mengirimnya kepada saya tiap pagi dan tiap petang tanpa saya
minta. Janganlah engkau terperanjat, bukankah Allah memberi rezeki kepada siapa
yang Dia kehendaki ?
Dengan kejadian itu, Zakaria
memperoleh kejadian baru. Fikirannya memikir sedalam dalamnya, tentang
keluarbiasaan dan kemuliaan gadis kecil itu. Yakinlah dia bahawa dan gadis
itulah akan memancar sinar yang lebih kemilau, cahaya yang lebih terang, untuk
menerangi alam yang masih kabur.
Hasrat untuk beroleh seorang anak
lelaki semakin tambah bernyala nyala dalam hasrat hatinya, untuk menyambut
cahaya itu, kerana dia sudah mendekati ajalnya. Dia khuatir, kalau kalau cahaya
itu tidak diterima manusia yang lain, kerana manusia rata rata masih engkar dan
menyanggah setiap sinar yang memancar. Zakaria lalu menengadahkan kedua belah
tangannya, berdoa ke hadhrat Allah dengan segenap jiwa raganya: Ya, Allah!
Janganlah aku Engkau biarkan seorang din, Engkau sebaik baik Zat yang memberi
turunan. Ya Tuhanku, telah lemah tulan belulangku dan telah penuh uban di
kepalaku dan bukanlah aku seorang sial dalam berdoa kepadaMu. Sesungguhnya aku
khuatir akan keadaan keluarga yang akan kutinggalkan, sedang isteriku adalah
mandul. Beri jualah kepadaku dan kurniaMu seorang yang akan menjadi penggantiku
!
Doa Zakaria itu dengan cepat
dijawab oleh Malaikat yang sedang berada pula dalam mihrabnya: Ya, Zakaria!
Tuhan akan memberimu seorang anak yang bernama Yahya dan belum pernah ada
manusia yang bernama Yahya.
Jawapan Malaikat itu terdengar
jelas oleh Zakaria. Hatinya yang gembira segera diiringi oleh kehairanan yang
lebih besar lagi. Dengan jalan bagaimanakah dia akan memperolehi seorang anak
yang dijanjikan Malaikat itu, kerana dia sendiri sudah terlalu tua dan tidak
sanggup lagi mendekati isterinya, untuk menjadi sebab beroleh anak yang
dicita-citakan.
Kehairanan Zakaria ini segera
pula dijelaskan oleh Malaikat dengan menerangkan: Bukankah Allah yang
menjadikanmu, sedangkan sebelumnya kamu tidak ada? Dan Tuhan itu pulalah yang
akan memberi engkau seorang anak.
Jelas keterangan Malaikat itu,
tetapi Zakaria ingin lebih jelas dan lebih nyata lagi. Sebab itu dia lalu
meminta kepada Tuhan untuk memberikan tanda tanda yang nyata atas janji itu.
Allah lalu menjawab dengan berfirman kepada Zakaria: Sebagai tanda engkau tidak
dapat berkata kata kepada manusia tiga hari lamanya dan bila ingin berkata,
engkau hanya dapat dengan isyarat saja.
Tanda ini benar benar terjadi.
Hati Zakaria menjadi tenang. Kegelisahannya hilang. Dia tinggal menunggu bila
dan bagaimana caranya dia akan beroleh seorang anak.
Tidak lama kemudian, isterinya
yang sudah tua itu, lalu mengandung dan akhirnya melahirkan seorang anak yang
suci dan mulia, serta diberi nama Yahya, iaitu yang sudah ditentukan Allah.
Anak bayi yang luarbiasa
keadaannya, sihat badannya dan amat cepat besarnya, kuat akalnya dan terang
pemikirannya. Walaupun masih muda belia, dia sudah cekap dengan berbagai ilmu
pengetahuan, hafal akan segala isi Kitab Suci Taurat dengan segala
keterangannya, begitu pula dengan masalah masalah yang sekecil kecilnya, sampai
kepada masalah masalah yang sebesar besarnya.
Sebab itu dialah yang ditetapkan
menjadi penghukum antara manusia dengan manusia, dengan hukuman yang seadil
adilnya. Dia menjadi pemegang kekuasaan yang tertinggi. Dia berani menjalankan
yang hak dan tidak gentar dia menghukum yang salah. Tidak seorang juga yang
berani menentang kata dan melanggar aturan yang ditetapkannya.
Akhirnya disampaikan orang
kepadanya berita yang mengatakan bahawa Raja Hirodus yang menjadi Raja
Palestin, jatuh cinta anak saudara Yahya, Hirodia namanya. Memang gadis itu
luarbiasa cantiknya. Parasnya yang bulat seperti purnama penuh, matanya yang
cemerlang laksana bintang kejora, perawakannya yang ramping dengan rambutnya
yang panjang itu, telah lama menjadi buah bibir setiap pemuda Palestina.
Keinginan raja itu rupanya sudah
menjadi suatu keputusan. Raja telah meminang anak gadis itu kepada ibu bapa dan
keluarganya dan putusan pun rupanya sudah ada, bahawa raja akan kahwin dengan
gadis itu.
Mendengar hal ini Yahya
menghukumkan dengan terus terang, bahawa perkahwinan Raja Hirodus dengan gadis
Hirodia itu tidak sesuai dengan peraturan agama ketika itu, serta bertentangan
dengan Kitab Suci Taurat. Yahya dengan tegas berkata: Perkahwinan itu tidak
akan saya akui, malah saya akan tetap menentangnya dengan sekeras kerasnya.
Mengapa Nabi Yahya tidak
mengizinkan dan tidak membenarkan perkahwinan tersebut? Menurut Abdullah bin
Zubair, gadis yang bernama Hirodia atau Harduba itu adalah anak Hirodus itu
sendiri. Sedang menurut as-Suddy, gadis itu adalah anak isterinya (anak tirinya)
sendiri. Sedang menurut Ibnu Abbas, gadis itu adalah anak dan saudara lelaki
dan Hirodus sendiri. Menurut hukum Taurat sama dengan hukum al-Quran yang
sekarang ini, bahawa anak sendiri, anaktiri atau anak dan saudara sendiri
tidaklah halal menikahinya.
Nabi Yahya sebagai seorang Nabi
dan Rasul Allah yang diutus Allah untuk melaksanakan hukum Taurat, tentu saja
tidak dapat menetapkan atau membenarkan sesuatu pernikahan yang bertentangan
dengan hukum Taurat itu, sekalipun yang akan kahwin itu seorang maharaja yalig
bagaimana juga besar pengaruh dan kekuasaannya.
Nabi Yahya menghadapi dua
percubaan atau ujian yang amat kuat sekaligus. Pertama pertentangannya dengan
seorang raja yang amat kuasa dan sangat ganas, menghadapi mata pedang yang
sudah teracung ke lehernya. Kedua beliau menghadapi rayuan dan cumbuan dari
seorang gadis ayu yang tak ada taranya, iaitu menghadapi mata pedang asmara
yang lebih berbahaya dan lebih tajam lagi dan mata pedang yang berupa besi yang
diasah tajam itu.
Dia seolah olah disuruh memilih
antara hidup atau mati. Hidup dengan melanggar hukum Taurat, atau mati dengan
mentaati hukum tersebut. Akhirnya Nabi Yahya mengumumkan putusannya yang
luarbiasa, iaitu tetap tidak membenarkan perkahwinan antara Raja Hirodus dengan
gadis Hirodia dan akan menentangnya.
Keputusan Yahya ini akhirnya tersebar
luas di kalangan penduduk, tersiar pula ke seluruh pelosok dunia, ke tiap kota
dan istana raja raja lainnya, ketempat tempat ibadat dan tempat tempat
keramaian.
Alangkah kagetnya gadis Hirodia
mendengar putusan Yahya ini, kerana dia sendiri sudah melamun akan menjadi
permaisuri besar, menjadi isteri seorang raja besar. Dia tidak senang dengan
adanya khabar itu, dengan perasaan marah dia segera merencanakan suatu
tindakan, sekalipun dia harus bertentangan dengan Yahya, iaitu bapa saudaranya
sendiri, kerana menurut sangkaannya, bapa saudaranya (Yahya) sendirilah yang
ingin kahwin dengannya.
Tetapi dengan cara bagaimanakah
dia akan dapat bertindak? Dia adalah seorang wanita. Fikiran jahatnya lalu
timbul, iaitu dengan bersenjatakan kecantikannya, dia ingin mencemarkan dan
menjatuhkan nama baik Yahya.
Dia segera berhias diri secantik
cantiknya dan dipakainya pakaian serta perhiasan yang bagus bagus dan mahal
mahal harganya. Dia lalu masuk ke tempat bapa saudaranya bekerja. Dengan
senyuman manis dan gerak geri yang dibuat buatnya itu, dia berkata kepada
pamannya dengan kata kata yang menarik hati.
Nabi Yahya bin Zakaria a.s.
sebagai yang telah ditegaskan oleh Allah dalam al-Quran, adalah seorang yang
pertama membenarkan dan mempercayai akan kenabian dan Kerasulan Isa al-Masih
a.s., yang akan menjadi pimpinan yang terpelihara dan segala dosa dan
kejahatan, lalu diangkat Allah menjadi Nabi dan Rasul dari manusia manusia yang
baik.
Menurut Ibnu Masud dan Ibnu Abbas
serta sahabat lainnya, selain baik rupa dan perangainya, kuat beribadat,
mengekang diri dari segala syahwat (nafsu) sehingga menjauhkan din dari wanita.
Ketika Hirodia datang
menggodanya, Nabi Yahya menjauhkan diri dan memerintahkan kepada Hirodla agar
menutup seluruh tubuhnya dan menerangkan kepadanya apa yang tertulis di dalam
Kitab Suci Taurat bahawa orang orang yang melakukan zina akan diseksa di hari
kiamat dan berbau lebih busuk daripada bangkai.
Mendengar jawaban Yahya demikian,
gadis Hirodia menjadi malu dan jengkel. Semua manusia termasuk raja
menginginkan dirinya, sedangkan Yahya menolak sekalipun dia yang datang sendiri
merayunya. Maksudnya dengan rayuan ini, ialah bila Yahya dapat ditarik kepada
dirinya, atau menyentuh dirinya, ia akan menuduh bahawa kerana tertarik akan dirinya
itulah Yahya tidak mahu membenarkan perkahwinannya dengan Raja Hirodus yang
berkuasa. Dan dengan alasan itulah ia akan meminta kepada Hirodus agar Yahya
dibunuh saja, agar perkahwinannya dengan Hirodus dapat dilangsungkan tanpa
gangguan dan Yahya lagi.
Kerana gagal dengan cara yang
begitu, ia tidak kehilangan akal. Dia datangi Raja Hirodus dan berkata
kepadanya: Sekiranya engkau benar benar cinta kepadaku, aku ingin bukti, ialah
agar engkau membunuh Yahya bin Zakaria.
Hirodus ini memerintah dari tahun
4 sebelum Masehi sampai tahun 37 sesudah Masehi, adalah anak Raja Hirodus Agung
yang memerintah sebelumnya. Seorang raja yang telah membunuh beratus ratus Nabi
dan orang orang saleh, di antaranya terdiri dari keluarganya sendiri. Tidaklah
hairan kalau anaknya sendiri iaitu Hirodus yang ingin kahwin dengan anak
saudaranya sendiri Hirodia, jauh lebih ganas dan bapaknya sendiri. Dengan
segera dia menangkap Nabi Yahya, dimasukkan ke dalam penjara dan akhirnya
dibunuhnya pula, untuk memenuhi kehendak kekasihnya itu.
Tidak lama sesudah darah Nabi
Yahya tertumpah membasahi bumi, Allah murka, dan kemurkaan Allah ini berubah
menjadi bencana hebat yang menimpa Bani Israel termasuk Rajanya Hirodus dan
Hirodia kekasihnya.
Setelah Nabi Zakaria mengetahui
akan kematian anaknya Nabi Yahya, Nabi Zakaria melarikan din untuk
menghindarkan penangkapan, kerana sudah tersiar pula khabar bahawa ia juga akan
dibunuh. Beliau bersembunyi di dalam sebuah kebun dekat kota Jerusalem.
Akhirnya kebun itupun dikepung oleh alat alat negara untuk menangkapnya.
Konon khabarnya sebuah pokok kayu
yang besar membelah dirinya dan mempersilakan Zakaria bersembunyi di dalam
batangnya. Tetapi Iblis telah memberitahukan kepada para pengepung bahawa
Zakaria bersembunyi di dalam pokok kayu itu. Mereka lalu memotong kayu
tersebut, sehingga Nabi Zakaria mati terbunuh pula.
Dengan kematian Nabi Yahya dan
Nabi Zakaria, Allah menimpakan bencana demi bencana kepada Bani Israel, yang
berupa serangan serangan dari tentera musuh yang amat ganas, sebagaimana juga
sudah sering terjadi sebelumnya.
Pernah dalam suatu serangan yang
dilakukan oleh musuh mereka, 120,000 orang, termasuk pembesar pembesar mereka
mati terbunuh semuanya. Hanya sedikit saja yang dapat meloloskan diri dan
pembunuhan itu. Terkenal dalam sejarah dunia serangan Nebukadnezar dari Babilon
dan serangan Titus dan Rome, sebelum dan sesudah lahirnya Isa al-Masih a.s.
Firman Allah dalam al-Quran surah
al-Isra, ayat 48:
Dan Kami (Allah) putuskan
(takdirkan) bagi Bani Israel dalam Kitab itu: Sesungguhnya kamu akan mengadakan
kerosakan di bumi dua kali (berulang ulang), dan sesungguhnya kamu akan sombong
dengan sebesar besar kesombongan. Maka apabila datang perjanjian yang pertama
dari yang dua itu, kami utus untuk menunjuki kamu, hamba hamba Kami yang
mempunyai kekuatan yang sangat, lalu mereka bersimaharajalela di seluruh
negeri, dan adalah perjanjian itu sudah dilakukan. Kemudian Kami kembalikan
kepada kamu kekuasaan atas mereka dan Kami beri kepada kamu harta dan anak,
serta Kami jadikan kamu menjadi bilangan yang banyak (kembali). Jika kamu
berbuat kebajikan, berarti kamu berbuat kebajikan bagi dirimu sendiri. Dan jika
kamu berbuat kejahatan, bererti kamu berbuat kejahatan bagi dirimu. Maka
apabila datang perjanjian yang akhir (Kami utus mereka) supaya mereka
membusukkan akan muka muka kamu (merosak dan mengalahkan kamu), dan supaya
mereka masuk ke dalam Masjid (maksudnya Baitul Maqdis), sebagaimana mereka
sudah masuk ke dalamnya pertama kali, dan supaya mereka binasakan kamu selagi
mereka berkuasa. Mudah mudahan Tuhan kamu mengasihi kamu, dan jika kamu
kembali, Kami akan kembali (menyeksamu), dan Kami jadikan Jahannam bagi orang
orang kafir sebagai kurungan.
9 comments:
semoga bermanfaat informasinya gan salam sukses
ceritanya sangat bermanfaat dan baik khusunya bagi anak saya dan kita sebagai orang tuanya dan umumnya bagi kita semua ....terima kasih atas ceritanya
salam keberlimpahan keberkahan rezeki dan amal...amiinn
thanks untuk semua informasinya gan tetap semangat yahh
selamat siang gan semoga informasinya bermanfaat
Selamat siang gan sempga bermanfaat :)
selamat siang gan semoga informasinya bermanfaat Amin :)
selamat siang semangat semangat dan semangat
selamat sore
Selamat siang gan tetap semangat yah :)
Post a Comment