Ada seorang lelaki yang memiliki beberapa ekor binatang ternakan dan apabila dia mendengar bahawa Musa faham bahasa binatang, dia merayu Musa supaya mengajar ilmu itu kepadanya.
Setelah belajar, lelaki itu menggunakannya untuk memahami perbualan binatang ternakannya. Dia mendengar ayam jantan berkata kepada kuda bahawa kuda akan mati tidak lama lagi. Lelaki itu segera menjual kudanya untuk mengelakkan kerugian.
Beberapa hari kemudian, dengan menggunakan ilmunya lelaki itu terdengar ayam jantan memberitahu anjang bahawa tidak lama lagi keledai akan mati. Jadi, untuk mengelakkan kerugian, lelaki itu menjual keldainya. Selepas peristiwa itu, sekali lagi ayam jantan berkata-kata dengan binatang lain.
Kata ayam jantan, hamba kepada lelaki itu akan mati tidak lama lagi. Dengan senang hati lelaki itu menjual hambanya supaya dapat mengelakkan kerugian. Dia gembira dengan tindakkannya dan menganggap inilah nilai ilmu yang ada padanya - untuk membantunya menguruskan kehidupan hariannya.
Satu hari, lelaki itu terdengar pula ayam itu berkata kepada anjing bahawa tuan mereka (dirinya) pula akan mati. Dalam ketakutan lelaki itu pun pergi berjumpa Musa dan meminta nasihat.
Kata Musa: "Sekarang anda boleh pergi jual diri anda pula!"
Fahamilah ajaran cerita ini: Bahawa kebolehan memahami orang lain tidak berfaedah bagi mengisi keperluan kita yang paling besar - diri kita sendiri."
(Anis Ahmad ibn Al-Alawi)
1 comment:
Post a Comment